Monday, July 1, 2013

Skali-skala : Julai sudah mari, Ramadhan lagi sembilan hari !

1 Julai hari ini.
Ramadhan tinggal 9 hari.
Bulan berkat penuh rezeki.
Limpahan Rahmat dari Ilahi.

Semoga hati bertambah suci.
Setelah sebulan bermuhasabah diri.
Jangan pula menjelang Aidilfitri.
Perangai lama kembali lagi.

Semoga Ramadhan tahun ini.
Menyatukan bangsa Melayu kembali.
Agar kukuh jatidiri.
Menjadi bangsa yang dihormati.
Di atas tanah sendiri.

Kerana kita telah terjajah dengan ideologi.
Bukan dari Barat tapi ciptaan kita sendiri.
Ideologi bernama "Menuding jari".
Yang jadi penyakit hingga hari ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...