Wednesday, August 28, 2013

Info Santai : Susah ke senang berniaga ni ?

Salam sejahtera,

Terperanjat saya hari ni. Maklumlah bila dah lama tak mengepost apa - apa info kat blog ni tetiba bila bukak ada pulak komen (walaupun satu je ). Lepas tu bila tengok pageviews, dah ada dekat 1000++. Pakcik heppi !! T_T . Maklum aje sebab blog ni dibuat secara personal. Takde promote kat mana - mana melainkan kat Google+. Tak sangka ada juga orang yang datang melawat ke mari. Terima kasih ye.

Kali ni saya nak mengajak anda semua berbincang tentang : susah ke senang berniaga ni ?

Soalan ni ditanya oleh sifu saya semasa saya datang berTTS dengan beliau. Sifu saya bukanlah seorang selebriti businessman, beliau cuma seorang veteran perniagaan yang banyak mengajar saya secara hands-on tentang perniagaan. Hands-on dalam bahasa mudahnya, kalau nak belajar, siap - siap la nak jadi kuli. Hehehehe !!



Saya cuma mampu jawab : Susah berniaga ni.

Sifu saya gelak besar. Katanya : Tau pun kau. Sebab tu la 9 / 10 rezeki datang dari berniaga. Dan orang yang berjaya berniaga ni kebanyakannya full - time businessman. Meniaga tu la keje dia.

Lepas tu bermula la hikayat kenapa dia cakap camtu. 4 jam dapat kuliah motivasi free.

Menurut kata sifu saya ;

1. Kalau berniaga full - time, suka tak suka, nak tak nak, mesti kebalkan hati dan tawakkal dalam usaha. Sebab kita takde gaji hujung bulan, terutama bila sales kita tak berjalan.

2. Kalau berniaga full - time, tetap nak kena terus belajar. Kalau malas alamat ketinggalan. Tak tau la kita kat mana orang buat untung.

3. Kalau berniaga full - time, hari cuti kita bekerja, hari bekerja pun kita bekerja. Tak kira la konsepnya work hard ke work smart. Sebab berniaga ni kadang - kadang macam memancing. Waktu menunggu macam nak naik angin, bila dah sangkut, konfem pasang umpan lagi.

4. Nak berniaga mental kena kuat. Mana ada orang meniaga hari bukak kedai esok terus untung. Kalau la semudah itu, maka ramai la orang yang dah kaya raya sekelip mata.

5. Bila berniaga, biar rezeki ayam jangan rezeki buaya. Rezeki ayam patuk sikit - sikit, tapi masuk selalu - selalu. Rezeki buaya masuk sekali ngap, tapi kadang - kadang aje le.

6. Bila meniaga, muka nak kena senyum, hati nak kena senang, terima kasih kena ada pada hujung lidah. Ramai orang kita hari ni meniaga, jaga kedai muka macam nak bergaduh, bila kita masuk pandang macam perompak, bila kita hulur duit selalu lupa terima kasih. Jangan buat perangai macam tu, lama - lama nanti orang jeran.

7. Zakat jangan lupa bayar, sedekah jangan lupa bagi. Duit tu Allah yang bagi, jadi jangan kedekut sangat.

8. Tawakkal dengan usaha kena sekali jalan. Jangan asing - asing. Nanti jadi pening.

9. Jaga pelanggan elok - elok, walaupun perangai pelanggan ada yang tak berapa nak elok. Bangsa kita ni kalau sesama bangsa servis tak elok, abih satu dunia dia canang, tapi kalau bangsa lain bagi servis tak baik, senyap aje dianya. Yang ini kena jaga sangat - sangat.

10. Jangan menipu. Sekali orang tak percaya, sampai mati orang tak percaya.

Inilah isi kandungan yang saya dapat sewaktu berTTS dengan sifu saya. Kalau ada manfaat untuk anda, ambiklah sebagai panduan. Kalau tak ada, lupakan aje.

P/s : siri posting 'The Arts of War' terpaksa dihentikan kerana tak mendapat sambutan. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...