5 Tips Niaga Mudah untuk diamalkan
Posting pendek untuk hari ni. Saja nak kongsi tips perniagaan kepada sesiapa yang berminat.
#5 - Sentiasa kemaskinikan produk dan data pelanggan supaya mudah diuruskan dan teratur. Asalkan maklumat tersebut boleh diperoleh dari sumber dalam tempoh kurang dari 1 minit, sudah cukup bagus. Jangan buang masa pelanggan untuk menunggu kita mencari perkara yang mereka mahu.
#4 - Pastikan jika kita ada pekerja, mereka faham tugas mereka. Jangan pulak pekerja pembersihan melayan pelanggan, dan pekerja jualan pula sibuk buat kerja pembersihan. Nanti lain pulak jadinya.
#3 - Kemaskan ruang pameran, tak kiralah anda kedai secara konvensional (offline) atau kedai online. Kedai bersepah orang kurang berminat nak masuk. Bagi kedai online, jangan lupa, ruang promosi anda adalah di page pertama. Pastikan page pertama (Home) anda cukup menarik.
#2 - Sentiasa memantau customer service di kedai anda. Selalu yang terjadi, pelanggan datang kembali bukan sahaja sebab mereka mudah membeli barangan yang mereka mahu, tetapi disebabkan khidmat pelanggan yang bagus. Mulakan bertanya kepada pelanggan anda "Boleh saya bantu ? "
#1 - Jenamakan produk anda, sekiranya anda memiliki atau menjual produk dengan label anda sendiri. Mendaftarkan cap dagangan (trademark) anda merupakan satu pelaburan bijak yang boleh anda lakukan kepada perniagaan anda untuk menambah nilai. Barangan yang berjenama / berlabel adalah lebih mudah dikenalpasti dan dibeli berulang kali oleh pelanggan anda.
Diharap tips niaga mudah ini dapat membantu anda memajukan lagi perniagaan yang diceburi !
No comments:
Post a Comment