Bahagian 1
Assalamualaikum,
Apa khabar semua ?
Diharapkan semuanya sihat wal-afiat dan berada dlm keadaan selamat sejahtera semuanya. Buat para sahabat yang berada di kawasan yang sedang dilanda banjir, hendaknya berhati - hati pada ketika ini kerana macam - macam musibah lain seperti wabak penyakit boleh berlaku. Elakkan dari terminum air yang kotor & tercemar, dan berlindunglah di tempat yang selamat. Saya doakan saudara - saudari yang terlibat bersabarlah dengan ujianNya dan sentiasa dalam perlindungan Allah ta'ala yang Maha Kuasa.
Dalam posting kali ini, saya akan menyentuh mengenai branding atau penjenamaan.
Apa itu branding ?
Brand(s), atau istilah Melayunya, jenama, merujuk kepada identiti sesuatu produk. Kebiasaannya dirujuk oleh orang awam dengan kata lain seperti logo, trademark, mark, cap dagangan atau label. Bergantung pada kebiasaan masing - masing.
Mengapa branding ini sangat penting ?
Mudah saja ! Dengan jenama / branding / trademark ini, produk jualan anda akan lebih mudah dikenali, lebih menonjol dari pesaing, lebih mudah membina kepercayaan dan reputasi didalam pasaran dan juga dengan pelanggan, dan yang paling penting, berpotensi untuk dikembangkan sehingga mencapai taraf premium.
Lihat gambar dibawah :
Ini adalah pemandangan biasa bagi produk keluaran Bumiputera, atau bahasa mudahnya, produk orang Melayu.
Ingin saya tanyakan pada anda, sekiranya produk ini sedap dan anda ingin membelinya lagi, bagaimanakah agaknya anda nak kenal bahawa produk inilah yang anda beli tempohari ?
Susah bukan ? Dan mahukah anda , sebagai seorang pembeli, menyusahkan diri anda untuk membeli sesuatu produk ? 95 % pasti akan mengatakan tidak. Dan majoriti yang mengatakan tidak itu turut mengatakan "Tak kuasa !!" .
Bukankah menjadi kerugian kepada si pengeluar produk, apabila return customer yang ingin membeli produk keluaran syarikatnya, mengubah keputusan di saat akhir hanya disebabkan produk tadi tidak dapat dicamkan ketika berada di rak jualan ? Kalau yang terjual 1 pek sehari pun, dalam 30 hari pengeluar tadi dah kehilangan untung untuk jualan 30 pek. Dan yang paling penting, dia telah kehilangan 30 orang pembeli, yang mungkin menjadi pembeli tetap, yang juga boleh me'recommend' produk keluaran syarikatnya pada orang lain. Bayangkan betapa besar kerugian yang dialaminya, hanya kerana produk yang dijual tadi TIDAK dijenamakan dengan betul !
Bagaimana memulakan penjenamaan anda sendiri ?
Umumnya, disebabkan kekurangan info, kebanyakan peniaga Melayu kita menjenamakan produk mereka dengan teknik 'main bedal' aje. Peniaga Melayu kita mengalami kesukaran mendapat maklumat yang tepat mengenai penjenamaan ini disebabkan kebanyakan dari peniaga kita berniaga tanpa persatuan atau memiliki kelompok sendiri. Disebabkan kedudukan yang terpecah - pecah, maka kesukaran untuk menyebar maklumat ini telah menyebabkan banyak produk peniaga Melayu di "rebrand" atau di"repack" semula oleh orang tengah. Lembu punya susu, sapi dapat nama, Orang tengah juga yang untung. Pelanggan kenal orang tengah, pelanggan percaya syarikat orang tengah, orang tengah yang jadi 'market makers' sebab pelanggan percaya mereka. Pengeluar tak dapat apa - apa.
Sebab masa jual barang dengan orang tengah, pengeluar bagi plastik kosong takde label. Plastik kosong takde brand. Maka dengan suka hatinya orang tengah yang menjual tadi pergi ke kedai printing, tempah sticker label yang ada logo syarikat dia, tampal kat plastik bungkus kerepek, dan kemudian jual semula ke dalam market dengan berlabelkan logo syarikat dia.
Rasa familiar tak senario di atas ?
Untuk elakkan perkara sebegini, maka jenamakan dulu produk anda.
Jenama yang baik adalah :
- Mudah diingati
- Menarik perhatian pelanggan
- Melambangkan 'identiti' syarikat
- Menimbulkan 'curiosity'
- Berperanan sebagai 'frontliners' dalam marketing.
Akan tetapi, tidak semua jenama boleh didaftarkan dan dilindungi haknya.
Insya - Allah perkara ini kita akan sambung dalam posting selanjutnya.
Sampai jumpa !
No comments:
Post a Comment