Sunday, March 22, 2015

Kembali Menulis...

Diam tak diam dah hampir setahun lebih saya tak menulis di sini. Terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sehingga nak memblogging pun dah tak berkesempatan.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh bersunyi senyap ni banyak perkara yang saya pelajari, perhati dan membuka mata hati.

Insya Allah saya akan kembali berkongsi pengalaman saya. Asyik bukak FB dengar orang bertekak pasal politik pun semak juga brader. 24 jam dekat Wall tengok orang post produk itu ini pun bikin semak juga.

Maka kembalilah hamba ke ruang blogging yang memberikan privacy menulis dan bersuara..

*******************************************************************************

Hari ni dalam FB saya terlihat satu penulisan berkenaan isu lama di satu page yang menanyakan persoalan 'Mengapa bangsa Jepun sangat maju walaupun penggunaan bahasa Inggeris mereka di tahap yang sangat kurang ?'

Pada hemat saya, isu cliche, basi dan retorik ni telah pun dijawab berkali - kali dan kalau kau memang orang yang observant, jawapan dia patut ada dah dalam tangan tanpa prelu menunjukkan kebebalan tahap global.

Kalau nak cara ringkas, mudah saja :

1. Orang Jepun gila membaca. Dalam masa yang sama, disebabkan masalah penguasaan English, mereka bertindak untuk menterjemah buku-buku bahasa asing kepada bahasa mereka, supaya senang nak dibaca. Tak kiralah novel, buku ilmiah, buku tak ilmiah dan sebarang jenis bukulah yang mereka nak baca. Orang - orang mereka sangat rajin membaca sehinggakan kalau buku apa pun yang diterjemah, pasti akan ada market. Orang kita ? Nak kena tunggu orang buatkan lah. Paling tak pun tanya balik kat masyarakat,'Mana DBP ? Mana Sasterawan ? Mana orang yang digelar pakar bahasa ? Kenapa diorang tak terjemahkan buku ?" Ini semua retorik tipikal orang yang berminda bebal. Pepatah Melayu dah mengatakan "Nak seribu daya, TAK NAK SERIBU DALIH !!"   Engkau nak bagi alasan apa lagi ?

2. Orang Jepun sangat observant dengan detail, bersifat mengkaji dan sentiasa mencari kesempurnaan. Ini dapat dibuktikan dengan penghasilan barang - barang bermutu tinggi dari negara mereka. Jika kita rajin membaca, maka kita boleh mencari tentang 'Made in Japan', yang mana ianya satu langkah perlabelan oleh haramjadah imperialisme barat untuk merendah - rendahkan nilai komersil barangan keluaran Jepun ketika Jepun baru nak melangkah ke era pembuatan dan perkilangan. Kononnya bila barang ada cap 'Made in Japan', maka barang itu kualitinya hamlau sekali. Disebabkan orang Jepun adalah bangsa yang bermaruah lagi kurang beralasan, bukan macam Melayu yang bila ada problem je beribu alasan dia boleh cipta, maka si Jepun ni tadi memperbaiki kualiti produk dia sampai 'Made in Japan' tadi menjadi symbol of excellency. Mat Saleh haramjadah pun dah kemaruk kereta Jepun sekarang ni, walaupun kereta asalnya dimanufacture oleh Mat Saleh.

3. Orang Jepun bersifat 'Jepun'. Jika anda menjejakkan kaki ke Jepun, percayalah yang sehebat mana pun penguasaan English anda, ia takkan ada nilai. Orang Jepun tidak pernah kisah pasal English. They don't give a damn on how good your English are when you are speaking to them. Respect they may, but feeling awesome towards your English ? Nai, nai, nai.
Kenapa ? Sebab mereka cuma perlukan English untuk kajian ilmu sahaja, Dan dengan capability dorang dalam R & D, lama kelamaan dorang pun dah tak peduli sangat dengan English sebab diorang dah ada ulama' yang pakar dalam bidang R & D memasing. Pedulik hapa diorang dengan mat saleh punya bahasa. Lagi pulak, bila kita ke Jepun, maka kita 'dipaksa' belajar bahasa dan budaya mereka. Walau mereka ni bangsa yang sopan pun, kita tetap, secara halus dipaksa mempelajari budaya mereka, dan mereka takkan tunduk atau hormat hanya kerana nak menyukakan hati orang asing yang datang ke negara mereka. Negara aku, budaya aku. Kau masuk sini kau hormat budaya aku. Mereka bukan bangsa yang ada masalah self esteem yang teruk, sampaikan Indon, Bangla Vietnam masuk kampun kau pun diorang boleh bawak budaya Zaman Batu diorang. Kalau kat Jepun dah lama kena halau.

Ni lah perkongsian saya buat masa ni. Setahun yang berlalu telah berjaya mengubah saya untuk menulis tanpa gaya poyo - poyo macam nak tulis artikel kat majalah. Kat blog sendiri, gasaklah nak tulis macam mana pun. Kita bukan nak glamer sangat, cuma kita suka menulis.

Rajin - rajin la kaji budaya bangsa yang maju kalau kita pun nak maju. Jangan terlampau taksub dengan budaya unta padang pasir. Diorang tu tak maju pun. Perangai pun macam orang tak bertamadun.

Sampai jumpa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...