Penjawat awam, atau pun nama glamernya orang Gomen (walaupun majoriti dari mereka hari ni adalah BUKAN penyokong kerajaan) memang menjadi pilihan kerjaya bagi anak - anak Melayu, terutama yang kurang berdaya saing dan nak berada pada kedudukan yang "secure" (?). Kehadiran orang - orang Melayu sebagai majoriti dalam Perkhidmatan Awam ni memang tak dapat disangkal lagi sejak zaman berzaman.
Di awal tahun 60-an ke 80-an, kedudukan seorang Melayu yang bekerja di Pejabat Gomen adalah lebih dipandang hebat oleh orang kampung, berbanding mereka yang bekerja sendiri ataupun bekerja di sektor industri. Awal 90-an rasanya dah kurang sket, tapi cemana pun menjadi Penjawat Awam masih lagi pilihan utama anak Melayu kerana "kerja tu secure" (katanya). Aku pun pernah jadi penjawat awam juga selama 6 tahun ++ dan dalam tempoh tersebut berjaya bertugas di dua jabatan sebelum aku meletakkan jawatan untuk kali keduanya disebabkan kebosanan yang teramat sangat. Masa berita aku berenti kerja Gomen sampai kat telinga kawan - kawan aku, semua geleng kepala tepuk dahi sebab kononnya aku melepaskan peluang keemasan sebab dah dapat keje Gomen yang secure (katanya). Mak aku tak terkata apa bila mendengar yang anaknya ni dah menghantar surat letak jawatan sebab bosan bekerja dengan Gomen.
Bila ditanyakan oleh kengkawan kenapa aku resign dari keje Gomen, apa yang aku boleh beri sebagai alasan adalah aku nak bergerak sendiri. Sebab sebenarnya mudah je. Aku senaraikan satu - satu kat bawah ni. Tapi jangan pulak ada yang panas telinga bila kena kat batang idung sendiri. Ini sebabnya :
1. Polarisasi kenegerian terlampau - Majoriti penjawat awam , tak kira top level atau pelaksana terdiri dari orang Kelantan yang terkenal dengan sifat 'clannish'. Asal Kelantan, boleh buat keje ke tak, ko misti naik pangkat, dengan syarat unit head ko pun Kelantan gak. Pengalaman aku yang berkali - kali dinafikan hak kenaikan pangkat disebabkan aku bukan orang Kelantan menjadi penyebab utama aku resign dari Perkhidmatan Awam. Aku memang pissed off sebab aku tak dinilai berdasarkan merit, tapi dinilai berdasarkan bendera dan semangat kenegerian. Tanyalah sesiapa pun yang bukan orang Kelantan yang bertugas dalam Perkhidmatan Awam, diorang akan bagi jawapan yang sama (kalau diorang berani la). Logiknya, macam mana orang yang berasal dari negeri pembangkang boleh begitu ramai bertugas dalam Perkhidmatan Awam ? Tak payah nak berdebat dengan hujah pincang, bukak je la FB mamat yang keje gomen, konfem sokong pembangkang pastu tengok asal Kelantan. Bila buat keje semua lari, tapi time nak anugerah ke bonus, muka - muka ni la yang menempel membodek bos. Waktu meeting, sibuk cari pegawai bawahan untuk 'pow' idea. Bila dah dapat, idea dibawak masuk dalam meeting, lepas tu sesenang mengaku dia punya. Bangsat betul. Lepas tu sibuk duk ceramahkan orang pasal Islam, sedangkan diorang sendiri duk bedal duit haram hari - hari sebab amek gaji untuk kerja 8 jam tapi kerjanya tak pernah cukup 8 jam.
2. Indecision oleh pegawai atasan - Bila mana ada sesuatu keputusan yang nak dibuat atas kepentingan jabatan, bukan main lambat lagi. Tapi apabila melibatkan kepentingan pegawai / kroni - kroni pegawai, confirm decision tu akan tercapai dengan cepat dan pantas tanpa bertangguh, especially melibatkan tender. Yang pastinya, keputusan ini biasanya dibuat oleh para pegawai yang berideologi pembangkang, sebab yang sokong kerajaan biasanya jarang terpilih bila nak menduduki JK Tender.
3. Budaya budak sekolah - Yang ni simple. Pukul 10 pagi keluar minum. Macam waktu rehat dekat sekolah. Tak matang langsung, sebab tu tiap - tiap tahun mintak naik gaji dengan bonus, sedangkan mereka - mereka ni takdelah produktif manapun. Tak payah bohong. Melambak batch aku yang keje Gomen macam ni. Aku terselamat sebab aku ni orang private yang masuk Gomen, lepas tu keluar jadik Independent terus. Sesiapa yang nak bertekak dengan aku pasal fakta ni aku persilakan.
4. Menggunakan solat sebagai alasan lewat memulakan kerja - Ni sangat selalu berlaku, especially di kalangan puak - puak Isle yang mengaku Islam. Waktu lunch dari pukul 1 - 2 digunakan sepenuhnya untuk mentekedarah dan bersembang seolah - olah ofis bapak dia punya. Elok pukul 2 masuk terus ke surau nak solat Zuhur (katanya). Selesai solat Zuhur dalam 2.15 baru nak mulakan kerja balik. Persoalannya, solat tu tak salah malah ianya kewajipan, tapi tak boleh ke bersolat sebelum waktu lunch habis, sedangkan paling lewat Zuhur masuk 1.45 ? Kenapa perlu menggunakan solat sebagai alasan lewat masuk kerja ? Islam ajar macam tu ke ?
5. Cakap tak serupa bikin - Macam yang aku stresskan dari mula tadi, majoriti penjawat awam yang menerima bonus tahunan dari Kerajaan Persekutuan adalah merupakan penyokong pembangkang. Mereka - mereka ni mudah dikenali, sesuai dengan sifat kaki bodek terlampau yang memang wujud sejak azali lagi dalam diri mereka. Pendek kata kaki bodek yang gifted. Bila didepan kita, bukan main lagi menghentam kerajaan. Katanya zalim, penindas, diktator, kejam. Tapi bila pak Menteri datang, mereka - mereka ni jugalah yang terhegeh - hegeh beratur nak bergambar, nak menonjolkan diri sebagai yang paling efisien, yang paling hebat dikalangan orang - orang lain. Nilah muka - muka yang bila resign / retired dari Perkhidmatan Awam, dengan sesegera mungkin melaungkan kata - kata " Kerajaan Rasuah". Dasar munafiq bangsat.
6. Kebodohan terlampau tanpa had - Ini adalah berkenaan dengan isu yang paling dekat di hati mereka, iaitu rasuah. Bayangkan, mereka menuduh kerajaan diisi oleh orang - orang yang berkepentingan yang makan rasuah, walhal, mereka sendirilah yang sebenarnya melakukan perbuatan tersebut. Rata - rata penjawat awam adalah orang Melayu, tetapi bila kita lihat urusan orang Melayu menjadi sangat sukar berbanding Cina, kerana orang Melayu tidak punya cukup wang untuk merasuah pihak - pihak yang berkenaan. Tidaklah pulak aku nak menuduh orang Cina bagi rasuah, tapi yang pastinya tuduhan ni pihak pembangkang yang buat so tanyalah pada diorang terlebih dulu. Aku boleh summarykan tuduhan ni dalam bentuk gambarajah supaya yang bebal dungu nyokong pembangkang tapi makan gaji ngan Gomen ni boleh paham sikit.
Orang Awam / Bisnes ---> Rasuah ---> Pegawai Berkenaan (Melayu) ---> Tender Lulus
Dan selepas tu, penyokong - penyokong pembangkang (yang terdiri dari penjawat awam) menuduh kerajaan mengamal rasuah dan mengabai keperluan orang Melayu, sedangkan mereka ini dilantik oleh Kerajaan dan dibayar gaji untuk membantu Kerajaan menjalan usaha membantu rakyat. Pada dasarnya mereka ni lah yang mensabotaj usaha Kerajaan mentransformasikan Perkhidmatan Awam. Simply put, kalau la Melayu yang jadi penjawat awam tak makan rasuah, datang dari mana hujah 'Kerajaan Korup'? Kalau la Melayu yang jadi penjawat awam tak makan rasuah yang Cina bagi, macam mana pulak la diorang beriya - iya tuduh Kerajaan dan penjawat awam (yang majoritinya Melayu) sebagai pemakan rasuah ? BODOH SANGAT KE MELAYU NI SAMPAI KENA HINA DEKAT DEPAN MATA PUN MASIH BOLEH SUKA ?
7. Terlampau banyak dinasour yang hidup dengan nostalgia di zaman selepas Merdeka - Ni melibatkan tua - tua bangka yang menduduki top level management. Diorang ni dah terlampau lama duk di kerusi mereka dan mentaliti mereka masih lagi stuck di zaman pop yeh yeh. Bila orang suruh berusaha dan progress, semua jadi tak perlu. Malas nak berubah. Tak mau nak keluar dari comfort zone. Tak berminat nak memperbaiki jabatan dan mutu perkhidmatan (walaupun Piagam Pelanggannya bukan main berbunga - bunga bahasa). Bila kena corner dan tak dapat nak menjawab hujahan orang tentang kenapa kita tak perlu memperbaiki mutu perkhidmatan, jawapan tipikal mereka adalah, "Alah, aku dah nak pencen dah. Besok kalau aku dah pencen, korang yang muda - muda ni improvekan la". Problem is, tiap - tiap tahun yang tuan bangka ni sibuk duk mintak CUEPACS lanjutkan usia persaraan. Bila tak bagi mengamuk marah Kerajaan. Bila dah bagi pemalas boleh tahan. Makan gaji buta nombor 1.
8. Ilusi "security" - Aku cukup tak berkenan dengan idea ni, yang menjadikan aku pissed off dan blah dari Perkhidmatan Awam. Kebanyakan orang bila keje ngan Gomen selalunya dipandang tinggi sebab kejenya "secure" (katanya). Aku defy the flow sebab aku cuma nak buktikan dua prinsip :
i. Tidak ada kerja pun yang secure dalam dunia ni, sebab selagi kau kerja makan gaji kau tetap seorang kuli. Bezanya cuma kau kuli bergaji tinggi atau kuli bergaji rendah, tapi pokok pangkalnya kau tetap kuli.
ii. Rezeki datang dari Allah, bukan dari kerja, jadi kenapa kau nak kata yang kerja Gomen tu secure, sampai kau terlalu bergantung harap pada kerja untuk bagi ko makan, sedangkan ikhtiar dan tawakkal tu Allah sangat suka ?
Inilah antara sebab sebenar kenapa aku resign dari Perkhidmatan Awam. Aku rasa pasti ada antara kita yang pernah menghadapi issue - issue macam ni. Kiranya tak pernah, tahniah aku ucapkan sebab jabatan yang jadi tempat kau orang bertugas tu boleh la diklasifikasikan sebagai profesional. Dan kepada penjawat awam, aku berharap yang satu hari nanti perkara - perkara yang pernah terjadi kat aku tak pulak terjadi pada korang atau anak - anak korang. What goes around, comes around. Tuhan Maha Tahu.
Bagi yang nak menyangkal hujah aku, silakan. Tapi jangan tunjukkan kedunguan sendiri dengan hujahan anda.

No comments:
Post a Comment