Monday, May 13, 2013

Geran RM 1000 dari SKMM - Untuk peniaga online sahaja !

Geran RM 1000 dari SKMM - Untuk peniaga online sahaja !

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak share tentang Geran RM 1000 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membantu usahawan mikro untuk jumpstart bisnes online mereka.

Geran ni korang boleh pohon start dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, ataupun sehinggalah peruntukan RM 50 juta yang Kerajaan Malaysia sediakan dipenuhi. Geran ni hanya boleh dipohon oleh usahawan mikro sahaja ( profit kurang dari RM 200K setahun).



Permohonan hanya boleh dibuat online, jadik tak perlu cari cable atau orang tengah, supaya bantuan akan dapat direct ke tangan pemohon. Permohonan hassle-free, duit akan terus masuk dalam akaun pemohon. Senang gilerr kot. Jadi bagi usahawan yang berminat, anda boleh dapatkan Geran Bantuan Usahawan Mikro RM 1000 ni dari Kerajaan Malaysia dengan cara hantar borang permohonan online. Ni aku share syarat - syarat permohonan sikit :
Apakah syarat untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online?
J:Syarat-syarat permohonan:
  1. Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
  2. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
  3. Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
  4. Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
  5. Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
  6. Keutamaan kepada usahawan mikro - jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 5 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.
Jadi bagi mereka yang merasa berkelayakan, jangan lepaskan peluang mohon Geran ni. RM 1000 tu banyak untuk usahawan mikro macam kita. Paling tidak pun dapat juga bantu kita modalkan untuk advertising / marketing. Lawati GMBO SKMM untuk keterangan lanjut. Info sume ada kat sana.

p/s : Bagi usahawan yang ada jenama sendiri dan ingin dapat status TM atau R, boleh email aku untuk keterangan lanjut di iskandar@tradeprosolution.com.my. Aku memang consultant trademark dan aku aim untuk bantu usahawan IKS Bumiputera supaya ada trademark sendiri. Nak quotation tak perlu bayar pun. Company aku charge untuk servis sahaja.

p.s.s : Kalau sesapa yang rajin, lepas baca komen la yek. TQ :D

11 comments:

  1. YG LAIN DAH PAHAM..CUMA PART MEMPUNYAI LANGGANAN PERKHIDMATAN TELEKOMUNISASI JALUR LEBAR TU MACAM MANA EK?? PLEASE TERANGKAN~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Anieysa,
      Terima kasih atas soalan. Maaf lambat reply sbb jarang online skarang ni. Langganan perkhidmatan Telekomunikasi Jalur Lebar tu bahasa mudahnya : Ada broadband sendiri tak kira dari P1, Unifi / Streamyx / Maxis / Celcom / Digi. Mudahnya, asalkan ada langgan internet broadband, maka layak memohon, sbb grant ni hanya untuk peniaga yang nak buat kedai online.

      Alhamdulillah, saya dah berjaya dapat grant tersebut sminggu sebelum Hari Raya. Kalau nak tengok kedai online saya, boleh lawat www.lovelane.com.my

      Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ni. ^_^

      Delete
  2. Terima kasih di atas perkongsian maklumat,

    ReplyDelete
  3. Terima juga atas perkongsian..nak tanya..internet tu mmg ada tapi atas nama suami..xpe ke? Atau memang kene nama sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jadi masalah asalkan boleh buktikan yang puan memang ada kedai online sendiri. Yang penting tu dia akan check kedai online tersebut. Jangan lambat - lambatkan permohonan, takut dana habis. Segera daftar ye. Kalau berminat nak buat branding sendiri, boleh hubungi saya ! Terima kasih kerana singgah ke mari ^_^

      Delete
  4. Buat branding tu mcmne? Bole jelaskn x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Checkout post terbaru saya untuk info lanjut. Insya-Allah pelan - pelan saya kongsikan infonya, sebab nak tulis sekali harung memang banyak.

      Terima kasih kerana singgah ke mari ^_^

      Delete
  5. tahun ni xbuka lagi ke bantuan ani sbb tahun lepas xsempat mohon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dah xde lagi dah..sbb ni bukan bantuan tahunan tapi cuma insentif bagibprogram GMBO. Tapi bantuan pinjaman utk keusahawanan masih boleh diperolehi dari agensi-agensi berkaitan. Kalau xsalah saya, Tekun pun mempertimbangkan pinjaman bawah 5k utk peniaga online secara part time. Rujuk pada pejabat Tekun setempat yek.

      Delete
  6. Wow bestnye..tq for the info..baru tau pasal ni..agak2 tahun 2014 ni ada bukak lagi x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun 2014 GMBO dah ditamatkan. Sekarang diganti dengan pelbagai skim bantuan dari Tekun, Mara dan juga SME Bank. Insya - allah saya akan kongsikan

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...