Thursday, December 5, 2013

Kenali Jenama / Branding ! Bahagian 1

Kenali Jenama / Branding !
Bahagian 1

Assalamualaikum,

Apa khabar semua ?

Diharapkan semuanya sihat wal-afiat dan berada dlm keadaan selamat sejahtera semuanya. Buat para sahabat yang berada di kawasan yang sedang dilanda banjir, hendaknya berhati - hati pada ketika ini kerana macam - macam musibah lain seperti wabak penyakit boleh berlaku. Elakkan dari terminum air yang kotor & tercemar, dan berlindunglah di tempat yang selamat. Saya doakan saudara - saudari yang terlibat bersabarlah dengan ujianNya dan sentiasa dalam perlindungan Allah ta'ala yang Maha Kuasa.

Dalam posting kali ini, saya akan menyentuh mengenai branding atau penjenamaan.

Apa itu branding ?

Brand(s), atau istilah Melayunya, jenama, merujuk kepada identiti sesuatu produk. Kebiasaannya dirujuk oleh orang awam dengan kata lain seperti logo, trademark, mark, cap dagangan atau label. Bergantung pada kebiasaan masing - masing.

Monday, December 2, 2013

Kembali berblogging !

Wow !!

Dah 3 bulan dah blog tak berapdet.
Terlampau banyak sangat aktiviti. Daftarkan trademark usahawan lain, pergi kursus untuk jadi Consultant Halal, create website baru untuk syarikat, dan belajar FBAds.

Mesti ramai yang pernah dengar pasal FB Ads $0.01 kan ? Insya-Allah saya akan kongsikan info sikit demi sikit.

BTW, saya sedang mencari supplier untuk bisnes dropshipping saya. Kalau ada yang berminat, mohon tolong tinggalkan info di ruangan 'Reply' atau email saya terus di : eudemonology777@gmail.com. Mana tau kita berpeluang untuk bekerjasama. Mohon bantu ya !

Wednesday, September 11, 2013

Dakwah Islamiah : 7 Bacaan Pembuka Pintu Rezeki

Dakwah Islamiah : 7 Bacaan Pembuka Pintu Rezeki

Assalamualaikum. Nak share sikit tentang amalan-amalan pembuka rezeki. Semoga ada manfaatnya pada kita. Apapun, amalkan dengan ikhlas dan niat kerana Allah Ta'ala.

(1). Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah “ Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan “La hawla Wala Quwwata Illa billah"
( HR. At Tabrani )

(2). Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin” Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur
(HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

(3). BerIstighfar “Barangsiapa beristighfar niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga”
( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )

(4). Membaca Surat Al-Ikhlas “Barangsiapa mmbaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya
( HR. AtTabrani )

(5). Membaca Surat Al-Waqiah “Barangsiapa mmbaca surat AlWaqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup
“(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)

(6). Memperbanyak Shalawat Atas Nabi “Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Salallahu’alaih iwassalam berdiri seraya bersabda : “Wahai
Manusia Berdzikirlah Mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan
(sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya”

(7). Membaca "Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim" dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)


Sumber : -Ihya Ulumiddin – Imam AL GHAZALI

Thursday, September 5, 2013

5 Tips Niaga Mudah untuk diamalkan

5 Tips Niaga Mudah untuk diamalkan

Posting pendek untuk hari ni. Saja nak kongsi tips perniagaan kepada sesiapa yang berminat.

#5 - Sentiasa kemaskinikan produk dan data pelanggan supaya mudah diuruskan dan teratur. Asalkan maklumat tersebut boleh diperoleh dari sumber dalam tempoh kurang dari 1 minit, sudah cukup bagus. Jangan buang masa pelanggan untuk menunggu kita mencari perkara yang mereka mahu.

#4 - Pastikan jika kita ada pekerja, mereka faham tugas mereka. Jangan pulak pekerja pembersihan melayan pelanggan, dan pekerja jualan pula sibuk buat kerja pembersihan. Nanti lain pulak jadinya.

#3 - Kemaskan ruang pameran, tak kiralah anda kedai secara konvensional (offline) atau kedai online. Kedai bersepah orang kurang berminat nak masuk. Bagi kedai online, jangan lupa, ruang promosi anda adalah di page pertama. Pastikan page pertama (Home) anda cukup menarik.

#2 - Sentiasa memantau customer service di kedai anda. Selalu yang terjadi, pelanggan datang kembali bukan sahaja sebab mereka mudah membeli barangan yang mereka mahu, tetapi disebabkan khidmat pelanggan yang bagus. Mulakan bertanya kepada pelanggan anda "Boleh saya bantu ? "

#1 - Jenamakan produk anda, sekiranya anda memiliki atau menjual produk dengan label anda sendiri. Mendaftarkan cap dagangan (trademark) anda merupakan satu pelaburan bijak yang boleh anda lakukan kepada perniagaan anda untuk menambah nilai. Barangan yang berjenama / berlabel adalah lebih mudah dikenalpasti dan dibeli berulang kali oleh pelanggan anda.

Diharap tips niaga mudah ini dapat membantu anda memajukan lagi perniagaan yang diceburi !



Wednesday, August 28, 2013

Info Santai : Susah ke senang berniaga ni ?

Salam sejahtera,

Terperanjat saya hari ni. Maklumlah bila dah lama tak mengepost apa - apa info kat blog ni tetiba bila bukak ada pulak komen (walaupun satu je ). Lepas tu bila tengok pageviews, dah ada dekat 1000++. Pakcik heppi !! T_T . Maklum aje sebab blog ni dibuat secara personal. Takde promote kat mana - mana melainkan kat Google+. Tak sangka ada juga orang yang datang melawat ke mari. Terima kasih ye.

Kali ni saya nak mengajak anda semua berbincang tentang : susah ke senang berniaga ni ?

Soalan ni ditanya oleh sifu saya semasa saya datang berTTS dengan beliau. Sifu saya bukanlah seorang selebriti businessman, beliau cuma seorang veteran perniagaan yang banyak mengajar saya secara hands-on tentang perniagaan. Hands-on dalam bahasa mudahnya, kalau nak belajar, siap - siap la nak jadi kuli. Hehehehe !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...